Penganjur & Kelayakan
1. Program Penebusan dan Peraduan ‘Keceriaan Raya Istimewa Bersama Ribena’ berjumlah sehingga RM100,000 [“Program Penebusan / Peraduan”] adalah anjuran Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd [“Penganjur”] dan terbuka kepada pemastautin tetap Malaysia atau warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah [“Peserta”].
2. Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
· Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
· Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
· Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya].
Tempoh Penebusan
3. Program Penebusan / Peraduan akan berlangsung dari 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024 atau sementara stok masih ada [“Tempoh Penebusan / Peraduan”] .
4. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Penebusan / Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Penebusan / Peraduan akan dibatalkan.
Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
5. Untuk menyertai Program Penebusan / Peraduan ini, peserta mesti mengikuti langkah-langah berikut untuk melengkapi penyertaan anda.
- Misi 1: membeli mana-mana produk Ribena bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit pembelian dari kedai (dan kedai dalam talian), pasar raya dan pasar raya besar [“Bukti Pembelian Misi 1”] . Muat naik gambar resit pembelian (penuh dan jelas) ke https://semuacontest.com/ribenamisibalikkampunggembira/ . Peserta akan mendapat pulangan nilai Touch ‘n Go bernilai RM5 (Duit Raya).
- Misi 2: kongi video Hari Raya Bersama Ribena ke media social anda (Facebook / Instagram / TikTok) dan lengkapkan ‘link’ perkongsian anda. Beli produk Ribena bernilai RM6 dan ke atas dalam satu resit pembelian dari kedai-kedai serbaneka, pasaraya & farmasi terpilih berikut: 7-Eleven, myNEWS, KK Mart, Family Mart, CU Mart, Petronas, Shell, Petron, BHP, Watsons, Guardian & Pasaraya Lotus’s [“Bukti Pembelian Misi 2”]. Peserta akan mendapat pulangan nilai Touch ‘n Go bernilai RM2 (Duit Raya).
· Peserta yang berjaya melengkapkan satu pusingan Misi 1 dan Misi 2 akan secara automatik berpeluang memenangi baucar minyak bernilai RM50 (terhad kepada 600 pemenang). Pemenang baucar minyak akan dihubungi oleh pihak agensi untuk tujuan pemenuhan hadiah.
· Hadiah tambahan (eksklusif untuk Econsave): Tempoh 10 Mac 2024 – 10 April 2024). Baucar tunai Econsave bernilai RM50 x 80 pemenang (20 pemenang x 4 minggu). Setiap peserta Econsave berpeluang memenangi SATU (1) kad petrol dan/atau SATU (1) baucar tunai Econsave bernilai RM50 (setiap satu) di sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
6. Setiap Peserta berhak menebus hanya dua puluh empat (24) kali (tuntutan Touch ‘n Go RM5 x 24 kali dan Touch ‘n Go RM2 x 24 kali, sementara stok masih ada) di sepanjang Tempoh Penebusan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit asal pembelian (yang baharu) produk Ribena sebagai Bukti Pembelian. Setiap resit layak untuk SATU (1) penebusan dan boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan akan dibatalkan jika resit yang sama digunakan lebih daripada SATU (1) kali untuk penyertaan.
- Setiap peserta hanya boleh menebus tiga (3) kali (tuntutan Touch ‘n Go RM5 x 3 kali dan Touch ‘n Go RM2 x 3 kali, sementara stok masih ada) dalam setiap minggu penebusan seperti berikut:
i. Minggu Penebusan 1: 1 Mac 2024 – 10 Mac 2024
ii. Minggu Penebusan 2: 11 Mac 2024 – 17 Mac 2024
iii. Minggu Penebusan 3: 18 Mac 2024 – 24 Mac 2024
iv. Minggu Penebusan 4: 25 Mac 2024 – 31 Mac 2024
v. Minggu Penebusan 5: 1 Apr 2024 – 7 Apr 2024
vi. Minggu Penebusan 6: 8 Apr 2024 – 14 Apr 2024
vii. Minggu Penebusan 7: 15 Apr 2024 – 21 Apr 2024
viii. Minggu Penebusan 8: 22 Apr 2024 – 30 Apr 2024
7. Resit asal yang menunjukkan tarikh pembelian dari 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024 mesti disimpan untuk pengesahan dan sebagai Bukti Pembelian.
8. Peserta boleh menyertai Peraduan ini melalui cara yang diterangkan di bawah:
• Cara dan Maklumat Penyertaan
9. Peserta perlu menghantar penyertaan melalui laman web https://semuacontest.com/ribenamisibalikkampunggembira/ [“Mekanisme Peraduan”].
• Setiap penyertaan yang lengkap dan layak hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
o Ambil gambar resit pembelian yang dicetak (dengan penuh dan jelas);
o SIMPAN: Resit pembelian (asal) sebagai Bukti Pembelian.
• Hantar penyertaan anda melalui penggunaan laman web yang tertera di atas.
• Peserta perlu mengisi maklumat (Notis Privasi, Maklumat Peserta, Pemilihan Kotak Hadiah untuk melengkapkan penebusan ini.
10. Setiap penyertaan sah yang diterima semasa Tempoh Penebusan akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
11. Setiap penyertaan layak berpeluang menerima hadiah-hadiah penebusan berikut (sah sementara stok masih ada) semasa Tempoh Penebusan.
• Tambah nilai Touch ‘n Go RM5 x 10,000 penebusan
• Tambah nilai Touch ‘n Go RM2 x 10,000 penebusan
12. Program Penebusan ini terhad sehingga TUJUH PULUH RIBU RINGGIT (RM70,000) jumlah nilai penebusan sahaja (sementara stok masih ada) dan TIGA PULUH RIBU RINGGIT (RM30,000) jumlah nilai bauar minyak / kad petrol untuk dimenangi (terhad kepada 600 pemenang peraduan).
· Setiap peserta berpeluang memenangi SATU (1) bauar minyak / kad petrol bernilai RM50 di sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
13. Semua tambah nilai / baucar / kad petrol yang diterima oleh Peserta mesti digunakan sebelum tarikh luput. Penganjur atau pihak pengeluar tambah nilai / baucar / kad petrol tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh Peserta yang telah tamat tempoh.
Kriteria Pengadilan
14. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
Hak Pihak Penganjur
15. Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.
16. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggung jawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam kempen in dan/atau penggunaan hadiah. Peserta bersetuju melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan sama ada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
Publisiti
17. Penerimaan hadiah menandakan kebenaran yang diberikan kepada penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa notis dan/atau pampasan.
Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan
18. Dengan menyertai Program Penebusan / Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
Perubahan kepada Terma & Syarat
19. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.
20. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, kesamaran atau percanggahan antara versi terma dan syarat penebusan ini, versi yang tertera dalam laman web https://semuacontest.com/ribenamisibalikkampunggembira/ akan diguna pakai.
Penggantungan
21. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Program Penebusan / Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Perlindungan Data
22. Dengan mengambil bahagian di dalam Program Penebusan / Peraduan ini dan membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju untuk, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, gantirugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.
23. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika diperlukan untuk tujuan menganjur program ini, atau dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
Harta Intelek
24. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk kempen penebusan / peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.
25. Melainkan hak cipta dan hak harta intelek yang berkaitan dengan hadiah yang layak dimenangi oleh Peserta, semua hakcipta dan hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam paten, nama cap dagangan, hak keempunyaan yang terkandung dalam produk yang dirujuk dalam Terma dan Syarat ini, iaitu, antara lainnya, Ribena adalah hak milik Penganjur sama ada didaftarkan di atas nama Penganjur ataupun tidak.
Personal Data Protection Act 2010
Notice under Section 7 of the Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") to consumers of Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd.
Dear Consumers,
Under the PDPA, there are various requirements that regulate the processing of your personal data as an individual ["Individual"]. It informs the Individual of your rights under the PDPA, including actions Individuals may take to exercise such rights and its consequences, and in particular: -
a. That we ["Organiser"] collect Individual's personal data directly from the contest form entry.
b. Individual's personal data is collected for the [“Redemption Program / Contest ”] ;
c. Individual has the right to access and correct their personal data once given;
d. Individual's personal data is disclosed to an elected Agency for processing;
e. The personal data requested from Individual will only be used for the Redemption Program;
f. The personal data given is obligatory and all incomplete entries will render the participation void;
g. Individual personal data will be validated upon confirming the winners and if there are changes to the personal data, the Individual is required to update the Organiser; and
h. If Individual wishes to make enquiries or give feedback, please contact +603 7886 5886 on Mondays to Fridays, from 9.00am to 5.00pm (weekdays, except for state / public holidays)
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-
1) Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada borang penyertaan Peraduan;
2) Data peribadi Individu dikumpul untuk [“Program Penebusan / Peraduan’];
3) Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetuklan data peribadi anda;
4) Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
5) Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Program ini sahaja;
6) Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
7) Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
8) Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +603 7886 5886 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (hari kerja, kecuali cuti negeri atau cuti umum).